SELAMAT DATANG KE BLOG SENANGJE.




BERSAMA KITA BERKONGSI ILMU DAN INFO DALAM DUNIA PENDIDIKAN.



SEKADAR MEMBANTU SETAKAT TERMAMPU.


DIHARAP INFO YANG ADA DAPAT MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA YANG BERTAMU

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa
.

.

Rabu, 30 November 2011

Peribahasa

PIDATO KANAK-KANAK

PIDATO SATU MALAYSIA
 Tahun 6 Cemerlang
Terimakasih saudara pengerusi majlis,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada hakim yang arif bijaksana,
Tak lupa juga penonton dan pengacara,
Di majlis ini kita bersua.
Yang di hormati barisan guru-guru, barisan panel hakim yang sentiasa berteraskan panji-panji keadilan, penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, barisan rakan pelajar dan sidang hadirin yang dirahmati Allah s.w.t.
Assalamualaikum  dan salam intelektual, berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk GAGASAN SATU MALAYSIA
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan  Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke 6, beliau sentiasa berusaha menyatupadukan warganegara majmuk.
Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu gagasan  iaitu  GAGASAN SATU MALAYSIA. Ungkapan “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” adalah ‘tagline’kepada gagasan tersebut.  Natijah pembentukannya bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan negara  yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang demikian, Gagasan satu Malaysia didukungi oleh teras perpaduan manakala teras perpaduan itu pula didukungi oleh nilai-nilai murni.
Para hadirin yang saya hormati,
Seiringan dengan itu, rakyat Malaysia  yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik serta agama diseru agar bersatu-padu memupuk perpaduan bergerak membentuk satu “unity” yang mengandungi nilai-nilai aspirasi iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, keberanian, meritokrasi, kesetiaan, ketabahan, integriti dan cintakan ilmu.
Namun perpaduan hanya boleh dicapai dengan memastikan seluruh rakyat Malaysia memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, teras aspirasi dan teras perpaduan, Melalui penyatuan rakyat, negara dapat membina satu negara bangsa yang kukuh, prograsif, makmur dan muafakat, bak kata bidalan “muafakat membawa berkat”.
Para hadirin yang di rahmati Allahs.w.t.
Pembentukan Gagasan 1 malaysia adalah bermatlamat supaya kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional dan seterusnya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Justeru itu, bagi mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen, kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga Negara Malaysia. Maka semua rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia, Lantaran itu, sama-sama lah kita bersatu untuk membangunkan negara Malaysia nan satu menuju kearah matlamat wawasan 2020.
Akhirkata sebelum saya mengundur diri, izinkan saya sudahi pidato saya ini dengan serangkap pantun untuk renugan bersama……
               Toleransi membina  perpaduan,
               perpaduan teras kemajuan,
               gagasan satu Malaysia jadikan panduan,
               agar matlamat wawasan  jadi kenyataan.
Wabillah hi taufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Khamis, 17 November 2011

Peribahasa

Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

Jumaat, 11 November 2011

PERIBAHASA YANG JARANG DIDENGAR

      Peribahasa Yang Berkaitan Dengan Haiwan Yang Jarang Didengar
Salam. Hari ni macam nak kongsi la sedikit peribahasa yang berkaitan dengan haiwan ni. Tapi yang jarang didengar la. Sebenarnya masih banyak peribahasa melayu yang menggunakan haiwan sebagai objek.Tak kira la badak, gajah, harimau atau semut.

1) Bagai kucing dibawakan lidi.
Maksud : Berlari kerana ketakutan.

2) Seperti katak disimbah air.
Maksud : Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

3) Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.
Maksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

4) Adat gajah terdorong.
Maksud : Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya.

5) Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut.
Maksud : Orang jahat yang suka menipu orang.

6) Air keruh, ikan limbat keluar.
Maksud : Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung.

7) Alim bagai katak di tepi air.
Maksud : Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya.

8) Anak kuda bulu kasap.
Maksud : Anak muda yang tidak tahu susah.

9) Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah.
Tidak memilih-milih.

10) Awak tikus, hendak menampar kepala kucing.
Maksud : Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.

Sebenarnya masih banyak lagi peribahasa yang jarang kita dengar. Kalu rajin bolehlah melawat sumber rujukan di bawah ini. Semoga ilmu yang serba sikit ni aku dapat kongsi dengan korang semua.

Rabu, 2 November 2011

Tatabahasa

(Kata Nama)
=Kata yang merujuk kepada orang,benda,perkara,tempat
  atau konsep.Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan
  frasa nama.

 Unsur Inti=unsur yang diberikan penumpuan makna dan mewakili seluruh
                   frasa itu dari segi makna.Contohnya,dalam frasa ibu Amira,
                   perkataan ibu ialah intinya.


(Golongan kata nama)
=Kata nama am
=Kata nama khas
=Kata nama ganti

1.Kata Nama Am
   =perkataan yang merujuk kepada orang,benda,
     tempat,perkara atau konsep yang umum sifatnya.

Contohnya: Benda          Perkara      Konsep          Tempat        Orang
                  =komputer   =cahaya      =kedamaian   =sekolah      =cikgu
                  =manusia     =musim       =keegoan       =masjid        =mahasiswa

Contoh Ayat:1-Rumah api itu berguna sebagai panduan kepada pelayar pada waktu malam.
                    2-Penggunaan komputer memudahkan kerja merekod.
                    3-Pada musim tengkujuh nelayan tidak turun ke laut.
                    4-Iklim di kawasan pergunungan itu sejuk dan nyaman.
                    5-Keindahan alam semula jadi di hutan lipur itu menarik pengunjung ke sana.

2.Kata Nama Khas
   =Merujuk kepada sesuatu nama orang,haiwan,benda,institusi atau 
     seumpamanya.Setiap huruf awal perkataan pada kata nama khas
     mesti ditulis dengan huruf besar.

Contohnya:-Abdul Ghaffar
                 -Sang Kancil
                 -Universiti Malaya
                 -Hevea Brasilianses   






Isnin, 17 Oktober 2011

Dunia Puisi

Pantun Merisik

Merisik
Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati..
#Ada idea? Sila tambah lagi di bahagian komen.

Carian

pantun merisik,pantun merisik lawak,pantun tradisional budi,merisik dan meminang pantun,pantun merisik meminang,pantun adat meminang,pantun klasik merisik,pantun ijab kabul,adat dijaga budaya terpelihara,koleksi pantun merisik lawak

Pantun Seloka

Huruf A, B, dan C                 
   Jambu atas batu              
Kenapa tidak kasi                      
   Sombong macam hantu
      
Undang-undang papan          
   Surat dalam buluh
Tunang ada lapan                  
   Gundik tujuh puluh
      
Jalan-jalan sepanjang jalan                        
   Singgah-menyinggah di pagar orang
Pura-pura mencari ayam            
    Ekor mata di anak orang
Orang perempuan hendak bersegak                
   Lalu diasah kulit awak              
Jerawat penuh muka berkerak                   
   Lihat cantik dilumur bedak   
          
Gigi bertatah dengan gewang                      
   Kelip kilau nampak berjahang   
Rumah buruk lantai jarang                        
   Kalau terperlus malu kat orang  
  
Asah gigi delima merkah                  
   Kilat cahaya bagai ditatah
Kepala dogol kena belah                      
   Kain direndak kenapa tak basah?
              
Terketak bagai udang ditangguk                             
   Terlompat-lompat tertepuk-tepuk  
Tiada sedar kaki cabuk                          
   Dihurung bebari habis merobok   
      
Cantik manis putih kuning                          
    Bagai tanduk bersending gading           
Salah pandang akal dirunding                      
    Perangai pula laksana anjing
              
Tergesa-gesa balik ke kampung                        
    Pelanduk seekor tidak terkepung          
Encik bukan kera dan lontong                                  
    Ranting yang buruk hendak bergantung
          
Ada seekor burung belatuk                      
    Cari makan di kayu buruk          
Tuan umpama ayam pungguk                          
    Segan mencakar rajin mematuk

Carian

adat merisik melayu,lirik pantun nasihat KANAK-KANAK,koleksi pantun tradisi,Pantun Orang Berbudi Kita Berbahasa,pantun politik,pantun salah sangka,pantun seloka peperiksaan,pantun tunang kelantan,Pura-pura mencari ayam ekor mata di anak orang,pantun negeri melaka

Pantun Perpisahan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai
Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Rujukan:
Persuratan Melayu 2
Pantun Melayu Sastera Rakyat
Pantun Serbaneka
Pantun Adat dan Resam Manusia
Kumpulan Pantun Melayu, DBP 1983