Rabu, 30 November 2011
PIDATO KANAK-KANAK
PIDATO SATU MALAYSIA
Tahun 6 Cemerlang
Tahun 6 Cemerlang
Terimakasih saudara pengerusi majlis,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada hakim yang arif bijaksana,
Tak lupa juga penonton dan pengacara,
Di majlis ini kita bersua.
Kepada hakim yang arif bijaksana,
Tak lupa juga penonton dan pengacara,
Di majlis ini kita bersua.
Yang di hormati barisan guru-guru, barisan panel hakim yang sentiasa berteraskan panji-panji keadilan, penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, barisan rakan pelajar dan sidang hadirin yang dirahmati Allah s.w.t.
Assalamualaikum dan salam intelektual, berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk GAGASAN SATU MALAYSIA
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke 6, beliau sentiasa berusaha menyatupadukan warganegara majmuk.
Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu gagasan iaitu GAGASAN SATU MALAYSIA. Ungkapan “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” adalah ‘tagline’kepada gagasan tersebut. Natijah pembentukannya bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang demikian, Gagasan satu Malaysia didukungi oleh teras perpaduan manakala teras perpaduan itu pula didukungi oleh nilai-nilai murni.
Para hadirin yang saya hormati,
Seiringan dengan itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik serta agama diseru agar bersatu-padu memupuk perpaduan bergerak membentuk satu “unity” yang mengandungi nilai-nilai aspirasi iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, keberanian, meritokrasi, kesetiaan, ketabahan, integriti dan cintakan ilmu.
Namun perpaduan hanya boleh dicapai dengan memastikan seluruh rakyat Malaysia memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, teras aspirasi dan teras perpaduan, Melalui penyatuan rakyat, negara dapat membina satu negara bangsa yang kukuh, prograsif, makmur dan muafakat, bak kata bidalan “muafakat membawa berkat”.
Para hadirin yang di rahmati Allahs.w.t.
Pembentukan Gagasan 1 malaysia adalah bermatlamat supaya kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional dan seterusnya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Justeru itu, bagi mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen, kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga Negara Malaysia. Maka semua rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia, Lantaran itu, sama-sama lah kita bersatu untuk membangunkan negara Malaysia nan satu menuju kearah matlamat wawasan 2020.
Akhirkata sebelum saya mengundur diri, izinkan saya sudahi pidato saya ini dengan serangkap pantun untuk renugan bersama……
Toleransi membina perpaduan,
perpaduan teras kemajuan,
gagasan satu Malaysia jadikan panduan,
agar matlamat wawasan jadi kenyataan.
Wabillah hi taufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.
Khamis, 17 November 2011
Peribahasa
Simpulan Bahasa | Maksudnya |
ada angin | berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
ada hati | mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
air muka | rupa atau wajah seseorang |
ajak-ajak ayam | tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
ada bakat | mempunyai tokoh atau perwatakan |
alas perut | makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
anak angkat | anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
anak bapa | anak yang disayangi oleh bapa |
anak buah | orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara |
anak emas | anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya |
angkat kaki | meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
atas angin | negara-negara di sebelah barat |
atas pagar | tidak menyebelahi mana-mana pihak |
ayam tambatan | orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
bahasa pasar | bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
banyak mulut | orang yang banyak bercakap |
batu api | orang yang suka menghasut |
batu loncatan | sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
bau-bau bacang | tali persaudaraan yang jauh |
bawah angin | negara-negara di sebelah timur |
bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang |
beralih akal | berubah fikiran atau pendapat |
beralih angin | pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
berat hati | enggan; malas |
berat mulut | pendiam atau tidak suka bercakap banyak |
berat tulang | orang yang malas bekerja |
berat sebelah | tidak berlaku adil |
berbelah bagi | sukar untuk membuat keputusan |
berhati batu | degil dan sukar menerima nasihat |
berhutang budi | patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
bermuka dua | tidak jujur |
bertikam lidah | bertengkar; berdebat |
besar hati | bergembira atau berbangga akan sesuatu |
besar kepala | degil; sukar menerima pandangan orang lain |
buah hati | orang yang dikasihi atau dipuja |
buah mulut | sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
bush tangan | hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
bulat hat! | bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad |
buruk siku | mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
buta hati | tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam |
cahaya mata | anak |
cakar ayam | tulisan yang buruk |
campur tangan | turut serta atau mencampuri urusan orang lain |
cari jalan | berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu |
epat tangan | suka mencuri |
dalam tangan | sudah pasti akan diperoleh |
darah daging | anak kandung |
durian runtuh | keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
gaji buta | mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh |
gelap mata | hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta |
harga diri | maruah atau kehormatan seseorang |
harga mati | harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi |
hati batu | degil atau keras hati |
hidung tinggi | sombong atau tinggi diri |
hilang akal | tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri |
ikat perut | menahan lapar kerana berjimat |
iri hati | menyimpan perasaan dengki atau cemburu |
isi hati | perasaan dalam hati |
jalan buntu | tidak ada jalan penyelesaian |
kacang hantu | orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain |
kaki ayam | tidak berkasut atau berselipar |
kaki bangku | tidak berkebolehan bermain bola |
kaki botol | suka minum minuman keras |
kecil hati | berasa tersinggung atau merajuk |
kepala angin | perangai yang tidak menentu |
kepala batu | degil dan tidak mendengar nasihat |
kera sumbang | orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain |
khabar angin | berita yang belum tentu benarnya |
langkah kanan | bernasib baik |
langkah seribu | cepat-cepat lari kerana ketakutan |
lidah bercabang | kata-kata yang tidak dapat dipercayai |
lipas kudung | cepat membuat kerja |
lintah darat | mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan |
makan angin | bersiar-siar untuk berehat |
makan suap | menerima rasuah |
malu-malu kucing | berpura-Aura malu di hadapan orang |
mandi peluh | bekerja kuat |
mati katak | mati dengan sia-sia |
membabi buta | melakukan sesuatu tanpa berfikir |
membawa diri | tahu menjaga diri |
membuka jalan | memberi laluan kepada orang lain |
membuka tembelang | menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain |
memeras otak | terlalu kuat berfikir atau belajar |
menarik diri | tidak turut serta; meletak jawatan |
mencari jalan | berusaha untuk melakukan sesuatu |
mencuci mata | gembira memperhatikan sesuatu yang indah |
mencuit hati | lucu; menggelikan hati |
mengabui mata | cuba memperdaya; menipu |
mengadu domba | memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya |
mengambil angin | bersiar-siar untuk berehat |
mengambil berat | memberi sepenuh perhatian |
mengambil hati | dapat memikat atau mempengaruhi |
mengasah bakat | latihan untuk mengembangkan bakat |
muka tembok | tidak berasa malu |
mulut murai | kuat bercakap atau berbuat bising |
mulut tempayan | tidak dapat menyimpan rahsia |
murah hati | suka bederma; tidak kedekut |
naik angin | terlalu marah |
nyawa-nyawa ikan | hampir-hampir mati |
orang atasan | orang yang berpangkat tinggi |
otak cair | pintar atau bijak |
otak kering | kurang siuman |
otak udang | bebal atau bodoh |
paku belanda | barangan yang tetap harganya |
panas hati | meradang atau marah |
panjang tangan | suka mencuri |
pasang telinga | mendengar dengan teliti |
pekak badak | kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat |
pembasuh mulut | makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi |
perang mulut | pertengkaran |
pilih kasih | memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai |
pisau cukur | perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki |
puteri lilin | tidak tahan terkena panas matahari |
putih hati | ikhlas; jujur |
putih mata | mengalami kekecewaan |
rabun ayam | penglihatan yang kurang jelas |
rambang mata | sukar membuat pilihan |
ringan tangan | suka membuat kerja: menolong orang |
sampai hati | tergamak melakukan sesuatu kerja |
serkap jarang | membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa |
tangan terbuka | menyambut sesuatu dengan senang hati |
tangkai jering | orang yang kedekut |
tawar hati | tidak mempunyai minat lagi |
tebal muka | tidak tahu malu |
telinga kuali | tahan hati menerima kemarahan |
telinga lintah | tajam pendengaran |
telinga nipis | cepat marah atau meradang |
terang hati | mudah memahami sesuatu |
tidur-tidur ayam | tidur yang tidak nyenyak |
tin kosong | bercakap besar tanpa ilmu |
titik peluh | hasil usaha yang bersungguh-sungguh |
Jumaat, 11 November 2011
PERIBAHASA YANG JARANG DIDENGAR
Peribahasa Yang Berkaitan Dengan Haiwan Yang Jarang Didengar
Salam. Hari ni macam nak kongsi la sedikit peribahasa yang berkaitan dengan haiwan ni. Tapi yang jarang didengar la. Sebenarnya masih banyak peribahasa melayu yang menggunakan haiwan sebagai objek.Tak kira la badak, gajah, harimau atau semut.
1) Bagai kucing dibawakan lidi.
Maksud : Berlari kerana ketakutan.
2) Seperti katak disimbah air.
Maksud : Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.
3) Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.
Maksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
4) Adat gajah terdorong.
Maksud : Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya.
5) Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut.
Maksud : Orang jahat yang suka menipu orang.
6) Air keruh, ikan limbat keluar.
Maksud : Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung.
7) Alim bagai katak di tepi air.
Maksud : Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya.
8) Anak kuda bulu kasap.
Maksud : Anak muda yang tidak tahu susah.
9) Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah.
Tidak memilih-milih.
10) Awak tikus, hendak menampar kepala kucing.
Maksud : Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.
Sebenarnya masih banyak lagi peribahasa yang jarang kita dengar. Kalu rajin bolehlah melawat sumber rujukan di bawah ini. Semoga ilmu yang serba sikit ni aku dapat kongsi dengan korang semua.
1) Bagai kucing dibawakan lidi.
Maksud : Berlari kerana ketakutan.
2) Seperti katak disimbah air.
Maksud : Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.
3) Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.
Maksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
4) Adat gajah terdorong.
Maksud : Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya.
5) Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut.
Maksud : Orang jahat yang suka menipu orang.
6) Air keruh, ikan limbat keluar.
Maksud : Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung.
7) Alim bagai katak di tepi air.
Maksud : Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya.
8) Anak kuda bulu kasap.
Maksud : Anak muda yang tidak tahu susah.
9) Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah.
Tidak memilih-milih.
10) Awak tikus, hendak menampar kepala kucing.
Maksud : Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.
Sebenarnya masih banyak lagi peribahasa yang jarang kita dengar. Kalu rajin bolehlah melawat sumber rujukan di bawah ini. Semoga ilmu yang serba sikit ni aku dapat kongsi dengan korang semua.
Ahad, 6 November 2011
Rabu, 2 November 2011
Tatabahasa
(Kata Nama)
=Kata yang merujuk kepada orang,benda,perkara,tempat
atau konsep.Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan
frasa nama.
Unsur Inti=unsur yang diberikan penumpuan makna dan mewakili seluruh
frasa itu dari segi makna.Contohnya,dalam frasa ibu Amira,
perkataan ibu ialah intinya.
(Golongan kata nama)
=Kata yang merujuk kepada orang,benda,perkara,tempat
atau konsep.Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan
frasa nama.
Unsur Inti=unsur yang diberikan penumpuan makna dan mewakili seluruh
frasa itu dari segi makna.Contohnya,dalam frasa ibu Amira,
perkataan ibu ialah intinya.
(Golongan kata nama)
=Kata nama am
=Kata nama khas
=Kata nama ganti
1.Kata Nama Am
=perkataan yang merujuk kepada orang,benda,
tempat,perkara atau konsep yang umum sifatnya.
Contohnya: Benda Perkara Konsep Tempat Orang
=komputer =cahaya =kedamaian =sekolah =cikgu
=manusia =musim =keegoan =masjid =mahasiswa
Contoh Ayat:1-Rumah api itu berguna sebagai panduan kepada pelayar pada waktu malam.
2-Penggunaan komputer memudahkan kerja merekod.
3-Pada musim tengkujuh nelayan tidak turun ke laut.
4-Iklim di kawasan pergunungan itu sejuk dan nyaman.
5-Keindahan alam semula jadi di hutan lipur itu menarik pengunjung ke sana.
2.Kata Nama Khas
=Merujuk kepada sesuatu nama orang,haiwan,benda,institusi atau
seumpamanya.Setiap huruf awal perkataan pada kata nama khas
mesti ditulis dengan huruf besar.
Contohnya:-Abdul Ghaffar
-Sang Kancil
-Universiti Malaya
-Hevea Brasilianses
Langgan:
Catatan (Atom)