SELAMAT DATANG KE BLOG SENANGJE.




BERSAMA KITA BERKONGSI ILMU DAN INFO DALAM DUNIA PENDIDIKAN.



SEKADAR MEMBANTU SETAKAT TERMAMPU.


DIHARAP INFO YANG ADA DAPAT MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA YANG BERTAMU

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa
.

.

Sabtu, 10 Disember 2011

Bina 5 ayat lengkap.

.
BACA PETIKAN DAN BINA  5 AYAT DARI PERKATAAN BERGARIS



GERHANA BULAN PENUH 
 (10 DISEMBER 2011)

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam . Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.


Bina Ayat :

1.___________________________________________________

2.___________________________________________________

3. __________________________________________________

4.___________________________________________________

5.___________________________________________________             

Tiada ulasan:

Catat Komen