SELAMAT DATANG KE BLOG SENANGJE.




BERSAMA KITA BERKONGSI ILMU DAN INFO DALAM DUNIA PENDIDIKAN.



SEKADAR MEMBANTU SETAKAT TERMAMPU.


DIHARAP INFO YANG ADA DAPAT MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA YANG BERTAMU

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa
.

.

Sabtu, 10 Disember 2011

Bina 5 ayat lengkap.

.
BACA PETIKAN DAN BINA  5 AYAT DARI PERKATAAN BERGARIS



GERHANA BULAN PENUH 
 (10 DISEMBER 2011)

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam . Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.


Bina Ayat :

1.___________________________________________________

2.___________________________________________________

3. __________________________________________________

4.___________________________________________________

5.___________________________________________________             

Jumaat, 9 Disember 2011

Analisis Kesalahan Tatabahasa



Analisis Kesalahan Tatabahasa
 

Dapatkan link di :http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1921684150074577401
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”
contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
salah
Betul

Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik

Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya
Kata jamak
salah
betul

mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang

mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang
kata penguat
salah
betul

sangat tinggi sekali
sungguh jauh sekali
paling indah sekali
amat menakutkan sekali

sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan
kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.
Salah
betul

Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.

Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.
kata hubung
salah
betul

Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil.

Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar tetapi kakinya kecil.
Kata bilangan
salah
betul

Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagaiaktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Kata Sendi
  i - Dari
salah
betul

Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
ii - Daripada
salah
betul

Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.

Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.





Rabu, 7 Disember 2011

TEKNIK MEMBINA AYAT GRAMATIS

Binaan Ayat nan Gramatis dengan Kata Kerja Transitif

1. Abang membaca buku cerita untuk adik.
2. Abang membacakan adik buku cerita.

3. Cikgu Hasnah mengajar anaknya menulis karangan.
4. Cikgu Hasnah mengajari anaknya menulis karangan.
5. Cikgu Hasnah mengajarkan teknik penulisan karangan kepada anaknya.

6. Kakak membawa semangkuk bubur lambuk untuk nenek.
7. Kakak membawakan nenek semangkuk bubur lambuk.

8. Ibu menjahit baju kebaya untuk adik.
9. Ibu menjahitkan adik baju kebaya.

10. Ayah menulis sepucuk warkah untuk abang.
11. Ayah menuliskan abang sepucuk warkah.

12. Shuhada mengirimi Majidah kad hari raya.
13. Shuhada mengirimkan kad hari raya untuk Majidah.

14. Shahir mencari ulam pegaga untuk Hidayati.
15. Shahir mencarikan Hidayati ulam pegaga.

16. Datin Rosilah membekali suaminya buah kurma.
17. Datin Rosilah membekalkan buah kurma untuk suaminya.

18. Puan Hasiah membuat air sirap untuk Puan Masdura.
19. Puan Hasiah membuatkan Puan Masdura air sirap.

20. Puan Rohana menyuapi anaknya kuetiau goreng.
21. Puan Rohana menyuapkan kuetiau goreng ke dalam mulut anaknya.

22. Ariff meminjam novel Tegar di perpustakaan sekolah.
23. Ariff meminjami Firdaus novel Tegar.
24. Ariff meminjamkan novel Tegar kepada Firdaus.

25. Pak Musa menikami peragut itu dengan kerisnya.
26. Pak Musa menikamkan kerisnya ke paha peragut itu.

27. Encik Farozi memberi anaknya sebuah kamera digital.
28. Encik Farozi memberikan sebuah kamera digital kepada anaknya.

29. Puan Vimala membeli sebuah rumah banglo untuk ibunya.
30. Puan Vimala membelikan ibunya sebuah rumah banglo.

31. Penjual itu menawari gadis itu sebentuk cincin emas.
32. Penjual itu menawarkan sebentuk cincin emas kepada gadis itu.

33. Sultan menganugerahi Azrai Bintang Seri Kelana.
34. Sultan menganugerahkan Bintang Seri Kelana kepada Azrai.

35. Puan Ramziah menghadiahi suaminya kereta Proton Exora.
36. Puan Ramziah menghadiahkan kereta Proton Exora kepada suaminya.

Kuiz Senangje.....

KUIZ TATABAHASA

Sila jawab soalan yang diberikan .

1. Link :      http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm16.HTM


1 / 20  
  1. 1.Para pemain badminton berhimpun di _____________________pada pagi itu sebelum pertandingan bermula.
    1.   gelanggang
    2.   halaman
    3.   balapan
    4.   dataran

Ahad, 4 Disember 2011

Kata banyak makna

LATIHAN : ISNIN (5.12.2011)


Padankan perkataan banyak makna dengan betul
Latihan Padankan Perkataan
 
Padankan perkataan di sebelah kanan dengan perkataan di sebelah kiri.
 Link : http://tatabahasabm.tripod.com/latih/kmakna.htm




lembab
tawar
elok
sulit
gugur
hangat
elok
mudah
tinggal
lepas
 Markah kamu ialah: