SELAMAT DATANG KE BLOG SENANGJE.




BERSAMA KITA BERKONGSI ILMU DAN INFO DALAM DUNIA PENDIDIKAN.



SEKADAR MEMBANTU SETAKAT TERMAMPU.


DIHARAP INFO YANG ADA DAPAT MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA YANG BERTAMU

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa
.

.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Etika Guru

Maksud Etika
1.     Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
2.     Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3.     Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4.     Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
·         


Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.



Skop Etika Profesional
1.     Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2.     Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.



Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan